Rss Feed

~Jangan Klik Sebelah kanan~

  1. Kejadian 1.
    Sudah beberapa kali, aku ke tandas untuk melakukan number one (buang air kecil), aku buka baju instead of seluar. Bila tersedar, aku akan malu sendiri lalu terketawa kecil dan pakai semula baju dan terlupa untuk melakukan number one.

    Kejadian 2.
    Aku ke stesyen komuter Subang Jaya pada satu hari untuk ke Bangsar. Hari itu, hari-malas-bawa-kereta aku.

    Aku pergi ke mesin tiket, tekan butang destinasi dan masukkan jumlah wang yang cukup. Tiket keluar, aku ambil. Aku ucap 'Terima kasih' dan senyum lalu melangkah pergi ke tempat duduk untuk tunggu keretapi.
    .....
    Aku baru ucap terima kasih pada mesin ke tadi? Damn son..

    Kejadian 3.
    Sewaktu aku dan keluarga mula-mula pindah ke Ipoh, semua perkara tentang Ipoh aku benci. Semua benda ada saja yang tak kena. Kalau semua benda tak ada yang tak kena pun, aku akan jadikan benda itu tak kena juga.

    Waktu itu aku 15 tahun dan pada umur itu, aku tak pernah berfikir lebih dari 10 saat. Jadi bila aku nampak ada Klinik Pakar Naga di belakang rumah aku, aku terus kata "Bodoh betul! Mana ada orang bela naga!"

    Selepas beberapa bulan, baru aku tersedar yang itu bukan klinik untuk naga, tapi nama doktor itu Naga. Aku rasa nama penuh dia Nagaswari. (I'm sorry Dr. Naga)

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjU1SqbSSZbTd6cWJPse8cFpD7REaPsvqjpjQdmbyRAaCBXHqhOsEwqJ73kS3poEqAtk1dond1rpRB4yZZJ98Ho8aP8ZQfd0X_4wz81Av5G3rrvN2mRpBdz1Ux8MAM-P-dWb6K-j9tn-0Q/s320/klinik+pakar+naga.jpgBeberapa tahun yang lalu baru dia tambah 'Sakit Puan, Perbidanan dan Pembedahan'(dalam 4 bahasa) pada papan tanda klinik. Mungkin kerana ramai yang keliru seperti aku.

    Mungkin juga kerana ada naga yang betul-betul datang untuk dirawat.. Hmmm....

    Kejadian 4.
    Kejadian ini berlaku banyak tahun yang lalu. Pengalaman ini aku lalui dengan Anak Mat Nor Nombor 2.

    Kami sedang menonton televisyen, aku tak ingat cerita apa. Kemudian ada iklan filem Hong Kong yang akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi. Tajuk filem itu ialah Big Spender. Aku dan Anak Mat Nor Nombor 2 ketawa bersungguh-sungguh kerana pada fikiran kami, filem itu mengisahkan tentang seluar dalam (spender) yang besar (big).

    Beberapa jam selepas itu baru terlintas di fikiran kami yang filem itu bukan filem tentang seluar dalam yang besar, tetapi tentang orang yang suka berbelanja (spend) besar.

    Siapa yang bertanggungjawab pandai-pandai memulakan penggunaan perkataan spender sebagai kata ganti seluar dalam? Kau kejam.. Kerana kaulah aku membuat kesilapan bodoh ini.

    Banyak lagi kejadian-kejadian bimbo seperti ini yang aku alami, lain kalilah aku cerita.

    Agaknya, kalau aku amalkan memakan Kismis Minda Ustaz Ismail Kamus bolehkah aku mengurangkan kejadian-kejadian seperti ini?

    Kamu rasa?


  2. 0 comments:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...