Rss Feed

~Jangan Klik Sebelah kanan~

  1. Window seven USB

    Monday, March 21, 2011

    Mungkin perkara ini ramai yang dah tahu
    dan bermacam-macam tutorial yang telah dibuat
    cuma aku banyak terjumpa mengenai ini dalam bahasa english
    orang malaysia ini memang susah sikit dengan bahasa asing ni.
    Aku cuma menulis mengenai ini sebagai nota terhadapku pada masa hadapan.

    Keperluan:
    1) USB Pendrive sekurang-kurangnya 4GB
    2) Image\DVD Windows 7

    Langkah-langkah :

    1) Masukkan USB Drive anda pada port USB. Pastikan segala data penting telah disimpan di tempat lain.

    2) Buka Command Prompt
    - Taip cmd pada search bos yang terdapat pada Start Menu
    atau
    - Pergi ke Start Menu --> All Program --> Accessories --> Command Prompt

    3) Setelah membuka Command Prompt, taipkan command DISKPART


    4) Apabila program DISKPART dijalankan, taip command LIST DISK untuk mengetahui untuk memaparkan disk yang terdapat pada komputer dan memilih operasi pada USB Disk. Sebagai contoh dibawah, USB saya adalah DISK 3

    5) Setelah itu, lakukan proses ini satu persatu
    SELECT DISK 3

    CLEAN

    CREATE PARTITION PRIMARY

    SELECT PARTITION 1

    ACTIVE

    FORMAT FS=NTFS (proses ini akan mengambil sedikit masa)

    ASSIGN

    EXIT


    6) Setelah selesai proses tersebut, jangan tutup Command Prompt.

    7) Masukkan atau mount image/DVD Windows 7.

    8) Buka semula Command Prompt. Anggap "I:" merupakan DVD drive saya dan "J:" merupakan USB Disk tersebut.

    9) Taip "I:" untuk mengubah destinasi ke DVD Drive.

    10) Seterusnya CD BOOT

    11) Taip BOOTSECT.EXE /NT60 J: untuk update USB disk dengan BOOTMGR compatible code.


    12) Akhir sekali, copy segala file yang terdapat DVD Windows 7 ke dalam USB Disk.


    NOTE:

    1) Proses DISKPART hanya dilakukan sekali sahaja selagi USB Disk tidak ditukar format selain daripada NTFS. Teruskan ke langkah 7 jika ingin memasukkan kembali windows 7 pada USB Disk.

    2) Terdapat beberapa pendrive yang tidak dapat menyokong proses semasa boot. Antara salah satu nya ialah SanDisk Cruzer.


  2. 0 comments:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...